Hai bloggies, lama dah tak menulis hahahha finally ketua sudah dipinang orang dan menjadi suri hati seorang lelaki bernama Aiman. Yerr gaisss, nama dia Mohd Aiman Bin Che Omar. Segan pulak nak tulis bila lama tak update blog hihihihi. Yela hampir 3 tahun kot aku diam takde nak update blog sebab malas wei hahaha Since aku dah kerja dec 2021 sampai laa dec 2023.
So, sekarang aku dah buka new chapter in my life ahh gitueww. yeah, new chapter life with new fav person! Sebernarnya aku pun tak expect secepat ni Allah permudahkan segalanya urusan dalam hidup aku. Sampai sekarang masih tak percaya sebenarnya tapi itulah kita. Siapalah kita nak menentang takdir. Semoga sentiasa yang baik baik buat diri kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.
Aku kenal dengan aiman pun dalam bulan Okt 2021 then selalu on call keluar jalan jalan since tu la kitaorg nak declare as a couple hahahaha kemain kau time couple semua tahik jadi manis masam semua ada tapi since kahwin alhamdulillah semuanya bahagia. Dulu aku pernah tak yakin dengan keputusan aku buat sebab aku tahu aku salah langkah tapi bila fikir balik takk, keputusan aku buat dah betul dan tepat cuma aku yang patut diperbaiki. Ye aku seorang keras kepala, degil, tak dengar cakap tahu nak orang ikut apa yang aku nak. Kdg aku takut jugak dengan perangai aku buat orang tak sukakan aku tapi dari couple sampai kahwin Aiman tak pernah berhenti nak nasihat aku walaupun kitaorg kena bergaduh manjahhh dulu hahaha aku sedar aku sendiri banyak silap tapi alhamdulillah terima kasih pada org kuat aku jugak sbb selalu ingatkan aku hehehhe.
[ 06 JUNE 2023 ]
INVITATION CARD YANG JUJU BUATKAN UNTUK AKU
Life time bertunang pun agak mencabar, nak kumpul duit kahwin sangat sangat lah berat dan aku rasa kagum dengan Aiman sebab everything semua pakai duit dia yang kasi. Aku cuma tolong tambah sikit yang mana kurang. Alhamdulillah, Allah bantu permudah segalanya jugak! Cuma time tunang emosi mudah melenting, tak kena sikit terus diam berhari hari sampaikan Aiman sendiri penat nak hadap aku pun tambah malas nak layan but end up keluar jugak makan berdua hahahahaha. Tapi time nak tunang, Alhamdulillah jugak umi abah support dari barang hantaran manisan sikit sekali dengan jamu makan untuk pihak Aiman datang. taktahu nak cakap rasa syukur terima kasih mcm mana dkt umi abah sebab spent duit untuk aku habis pun around 2k even buat kecil kecil je. Tunang pun aku tak pakai pelamin or apa apa. Just family aku family aiman datang sarung cincin jamu makan jamu anak beranak balik. Alhamdulillah everything went well hihihihi. Nervous tu soh kabo laa berpeluh habis makeup aku time tu andddd spoil make up jugak sbb first makeup kawan kakak ipar aku tlg makeup tapi aku tak suka part mata aku. dia buat jadi mcm mata zorro ko ghasee ? hahhahah tolong laa balik dari homestay tu menangis jugak aku dengan tak lawanya tapi accept jelah. balik pun aku bersiap then touch up semula hadap jelahh nak buat mcm mana belah sana dah otw nak datang rumah majlis dah nak start aku macam redhoa sehabis baik. Then majlis sarung cincin berjalan dengan baik settle jamu makan semua pun balik lahh.
 |
| Manisan hantaran dari pihak lelaki dan perempuan |

Henna yang aku pakai time tunang hihihi not bad laa RM50 tapi aku suka design ni sbb tak crowded untuk tunang.
[ 21 DECEMBER 2023 ]
Settle for tunang, 7 bulan kami ikat untuk pertunangan then debaran kian terasa once bulan 12 kami decide nak nikah. Time ni semua rasa macam all out sebab semua benda kami berdua buat sendiri tanpa pertolongan keluarga. All the way thanks to my baby, Aiman sebab boleh survive sendiri tanpa family dia. Takpe sayang, kita susah sama sama tapi aku syukur sangat majlis permudah segalanya jugak. Abah umi maklong kawan kawan ada datang jugak. Kami buat majlis just akad nikah dekat masjid negeri then untuk jamuan makan just booked nasi bungkus mcm tu. Aiman kata takpela, kita buat simple dulu sebab sekarang ni semua benda kita buat sendiri. And betul, tanpa ada mintak any sponsorship dari family. Tapi aku berterima kasih jugak dekat kawan kawan aku,Juju & Nathrah yang banyak tolong since aku nak nikah. Cari barang, buat frame nikah, and thanks jugak yang dtg time nikah Afiqah, Amalia, Nurena even sekejap. Seminggu sebekum nikah kalut dah wei sebab baju cari dekat butik nasib baik ada size hihihih and ngam plk tu aku rasa syukur sangat. dapat duit gaji terus beli apa patut then separate siap siap. Alhamdulillah jugak photographer semua settle bab makan semua settle rolling guna duit yang ada. And sekarang aku officially someone wife right now! Status sebagai isteri ni tak mudah ye dan aku berharap perkahwinan kami berdua kekal bahagia dunia akhirat. aku bersyukur ada aiman dalam hidup aku. dan aku taktahu macam mana diri aku kalau aku berjauhan dengan seorang lelaki yang bernama Aiman iaitu suami aku sendiri. pengalaman selama 1 tahun jadi isteri agak mencabar dan bagi aku 8 bulan kami berdua susah senang bersama kami mampu tempuh segala cabaran kesedihan gelak tawa hanya kami berdua yang merasai. Terima kasih suamiku. Selama aku kahwin, aku bangga dan kagum dengan aiman bilamana kami kurang duit, dia tetap keluar cari duit usaha jugak bila ada duit lebih dia pulak nak belanja bawak aku jalan jalan. sampai kadang aku takut aku susahkan dia. aiman selalu cakap, duit takde takpe sebab duit boleh cari dia boleh usaha selagi boleh. selagi mana kudrat dia larat, selagi tu dia usaha. at first, rasa terharu sangat bilamana suami sendiri kata mcm tu. sebab tu setiap kali keluar aku selalu tanya dulu apa apa, mintak izin dia apa apa. nanti bila dh kahwin, utamakan suami apa apa pun mesti suami dulu, benda ni yang aku terapkan dalam hidup aku setakat ni. semuaorang mudah cakap, alah benda bole buat sendiri. KO SALAH TAUUU ! Libatkan suami dulu ask his permissions first for any action you make sebab kita taktahu kadang apa yang kita buat tu betul or tak. ala perempuan selalu rasa betul kan? but yela ko dah kahwin dah. Btw, aku nak simpan gambar nikah dekat sini sikit hihihi buat ghaso ghaso boleh je kan? need to off this story dulu, sebab aku dah barai. cukuplah sampai dekat sini cerita aku. apa apa pun, aku doakan rumahtangga aku bahagia sakinah mawaddah mawarrahmah hingga dunia akhirat. semoga Allah jagakan suami aku untuk aku. aku hanya ada dia sebagai tulang belakang aku. suami aku nyawa aku dan dia syurga aku. semoga Allah angkat derajat dan permudahkan segala urusannya untuk keluarga kecil kami. Aamiin.
INVITATION CARD YANG AKU CREATE SENDIRI BY CANVA
Officially husband & wife <3
My bridemaids gituew even tak complete is better laa than takde langsung hahahah thank korang ! luv u
Drop my henna sebab fall in love sangat penuh tangan macam ni hihihi thankyou sis batu 3 yang datang jauh semata for henna. Love dooh sangat henna dia.