Silent is Better
Bismillahirrahmanirrahim ...
Aku rasa macam dah lama tak menulis sebab sekarang aku lebih kepada memerhati kerana dengan memerhati ni aku dapat melihat segala benda yang buat aku rasa menyakitkan hati. Kadang ada benda aku tak suka, aku tunjuk & ada benda jugak yang kita kena sorok daripada semua orang.

Ye, memerhati tingkah laku manusia yang sentiasa blaming culture each other. Sekarang aku mula belajar yang tak semua orang dapat memahami, menyayangi, dan merasai apa yang kita rasa. Sebab tu kita tak boleh paksa orang untuk buat semua tu dengan paksaan. Biarlah secara rela hati sebab kalau dia sanggup buat semua tu, dia akan buat tanpa rasa paksaan. Aku tak suka bila orang buat something for me secara paksaan. Please lah weh. Banyak benda yang buat aku diam daripada banyak berkata sebab makin banyak aku ungkap, makin banyak aku dapat sakit.
Kadang aku diam bukan bermaksud aku menyerah untuk kalah tapi aku diam sebab nak marah & nak ajar lidah aku daripada berkata-kata benda yang kesat hahahahaha. Percayalah, kata-kata yang kita ungkapkan (semasa marah), kita mungkin akan menyesal kemudian hari. YES, I GOT A GOOD HEART BUT HAVING A BAD TEMPER IS REALLY HARD TO CONTROL SOMETIMES. Thats why aku rela diam daripada aku membising tak tentu pasal even nak pertahankan apa apa. Tapi kalau melampau, mmg bad temper jelah kau hadap.
Tapi percayalah bila tengah marah, jauhkan dari phone dulu or anything yang ada dekat diri kita. Stay calm in 10-15 minutes untuk bagi semua okay. Tapi kalau aku, aku marah bagi puas sikit dulu then baru tenang hahahahaha aku mintak maaf kpd sesiapa yang pernah kena marah. Haritu aku ada baca satu blog ni & ada tulis satu qoute yang mengatakan Rasullah bersabda tentang kelebihan diam.
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Tapi itulah, manusia kan mana mampu nak kawal diri mereka sendiri. Ada waktu diaorg okay, ada waktu tak. Depends on that person jugak la macam mana dia handle semua tu. Thats why lebih baik diam daripada berkata benda yang merapu. So, lebih baik kita fokus pd diri sendiri je.
"Don’t Speak Unless It’s Something Worth Saying"




