Jangan Mudah Menghukum
Bismillahirrahmanirrahim..
Aku nak share satu video AlifTeega yang ni sebab aku rasa semua kata2 dia kena dengan orang beriman di luar sana!
Kalau tengok tajuk post pasal hukum-menghukum ni banyak benda kita boleh kaitkan dan benda ni jugak banyak terjadi dalam daily life kita. Tapi sebab kita manusia lah kita semua ada banyak buat kesilapan dalam life dan benda tu sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik je haa cuma depends on peeps tu jugak aku rasa samada dia sudah bersedia untuk memaafkan dan berjauuhan untuk berdiam diri atau memaafkan dan teruskan silaturrahim. Tapi yela kalau bagi aku, aku rela memaafkan dan teruskan hubungan sesama manusia sebab buat apa kau nak menjauhkan diri bila kau sudah memaafkan? Bagi aku, benda tu tak datangkan apa apa kebaikan pun bila kau memaafkan seseorang secara tak ikhlas. Tapi aku selalu percaya akan keindahan & kebaikan memaafkan seseorang dengan ikhlas. Bila kau memaafkan seseorang dengan ikhlas & berlapang dada, In shaa Allah segala kekusutan di hati akan hilang dan kau akan rasa bahagia tersenyum apabila sesuatu perkara tu kau dapat terima dengan ikhlas. Tapi aku cakap ni based on experience aku lah sebab aku pernah rasa dihukum tanpa sebab. Dan aku juga taktahu samada manusia ni senang memaafkan di mulut atau di hati. Jika sekadar di mulut, itu bermakna, diri kau sendiri takde keikhlasan untuk memaafkan @ meminta maaf. C'mon wehhh takkan sampai macam tu kan? Tolong open minded dengan dunia sekarang. Semuaorang kejam terhadap satu sama lain. Takde orang yg tak kejam weh!
Aku nak share satu video AlifTeega yang ni sebab aku rasa semua kata2 dia kena dengan orang beriman di luar sana!
"HIDUP TANPA NASIHAT, HATI TU MATI"
"Macam yang kita tahu manusia ni semuanya sombong which is tengok org kurang sikit dia mula nak berlagak. Dont ever hukum orang yang beri nasihat, cukuplah sekadar dengar & terima nasihat. Jangan sebab kita tutup aurat, berlagak macam kita ahli syurga. Jangan sebab kita ke masjid, kita sombong macam kita selamat dari api neraka, Jangan sebab kita ni budak belajar agama, kita angkuh seolah-olah kita ni sempurna. Jangan rasa diri kita ni mulia dari orang yang buat dosa. Boleh jadi Allah beri hidayah dan masukkannya ke dalam Syurga, kita yang angkuh dihumban kedalam Neraka. Walau siapa pun yang beri nasihat, jangan pandang atas bawah. Nasihat ini bagi manusia ibarat ikan dalam air. Cuba kita pisahkan ikan dari air, Apa jadi ???
Ikan tu mati, Sebegitu jugalah manusia.
Hidup tanpa nasihat, hati itu mati
Bila orang bagi nasihat taknak dengar & taknak terima, Tapi bila diri sendiri yang bagi nasihat?
Fuhh .... Hukum ahli neraka teghuih"
(ayat yang dipetik dari video AlifTeega)
Aku tertarik dengan ayat brother ni jugak which is ada kaitan dengan pendosa & beriman yang menghukum.
"KERANA YANG BERIMAN ITU TERLALU MENGHUKUM DALAM MENDENGAR"
Kalau kau rasa kau tak sempurna, kau tak layak untuk judge semuaorang dengan hanya kau nilai & hukum semuaorang dengan benda yang kau tak suka. Well, you cant control everything. 😚🤘🏻

Okay! cerita dihukum tanpa sebab ni bukanlah gempak sangat pun, just sekadar aku dinilai sebagai Pendosa dan kawan kau sebagai orang yang Beriman. Bila kau dinilai as Pendosa, first apa orang akan fikir? Mesti fikir aku jahil sangat kan? Ye, aku pernah kena macam tu sampaikan benda ni tetiba boleh buat aku putus kawan. Aku tak suka bila org terlalu menghukum seseorang atas sebab agama. Ingat, kita sendiri pun sebelum berhijrah juga seorang pendosa dan kita berhijrah untuk menjadi seorang yang lebih baik tetapi yelah who's know kan? Kita bukan sesiapa nak baiki hati dan niat seseorang. Orang sendiri akan pelik dan tertanya kenapa kan? Aku sendiri taktahu kenapa sebab sampai sekarang semuanya masih macam tu. Thats why even kau org beriman yang menutup aurat dari kepala hingga hujung kaki dan kau berlagak macam ahli syurga, tapi dalam satu masa jugak cara kau menghukum someone macam dia tu ahli neraka. Itu silap wei! Aku memang tak suka cara macam ni. Aku tak kesah kau dah alim or apa, kalau kau tak jaga hubungan dan perbaiki hubungan tu takguna jugak kalau kau nak guna title "alim" pada diri aku. Sometimes, aku terfikir samada aku judgemental sangat or apa. Tapi aku yakin dengan keputusan aku bila aku kata aku maafkan seseorang dan aku nak perbaiki hubungan aku dengan seseorang tu. Ye, mungkin bagi kau dah baiki tapi kenapa kau masih nak block? Motif? Dalam sedar tak sedar pun, kau masih menghukum orang lain jugak. Ingat, semuaorang tak sempurna tapi siapa kita untuk menentukan semua kesempurnaan tu kan? Aku sentiasa berharap semuanya jadi seperti sedia kala. Jangan risau, aku dah maafkan semuanya dengan ikhlas walaupun aku tahu cara kau yang tak ikhlas menghukum semuaorg tu. Takecare urself, friend! Aku nak kau tahu yang aku tak kejam lagi untuk tidak memaafkan seseorang walaupun seseorang tu dan banyak buat salah pd aku. Dont' worry, aku terima dengan hati terbuka. Semoga kau sentiasa dalam rahmat Allah 😊😊
Please, take a noted!






